Salam rakan-rakan seperjuangan...
TUNTUTAN BUKAN DAHAGI.
Gerakan ini akan di dukung 100% oleh bekas tentera, berpencen & tidak berpencen, (+/-) seramai 310k orang tidak termasuk keluarga - anak/isteri. Saya mohon tuan-tuan bersama-sama mengembeling tenaga untuk menwar2kan kepada yang tiada dalam group Fb, WhatsApp, Blogs, Telegram, Google... Supaya kita dapat memperjuangkan nasib kita sendiri. Tanpa menjadi "pengemis" hanya untuk mendapatkan hak kita sendiri (Hak : Adil : Saksama) yang termaktub dalam AKTA & PERLEMBAGAAN.
5 TUNTUTAN
Tuntutan 5 perkara (T5P) oleh PAHLAWAN (ngo's): menuntut kenaikan pencen persara tentera sesuai dengan pelarasan gaji baru anggota ATM yg sedang berkhidmat. Dan mengakaji semula kebajikan anggota ATM yg berhenti awal dan OKU :
1. Menuntut kenaikan pencen persara bersandarkan skil gaji semasa anggota tentera yang dikuatkuasakan 1/Jul/2016. Pelarasan pencen untuk mereka yang bersara sebelum 01/01/2013, APATAH LAGI veteran ATM perpencen sebelum 2000.
- a) Mereka yang berpencen dengan Skim gaji lama dengan Skim gaji semasa adalah sama semuaNya... LALU "kenapa berlaku perbezaan bayaran pencen yang begitu jauh ???
- b) Mereka sama semuaNya :
- sama Angkatan
- sama Kor
- sama Regiment
- sama Unit
- sama Pangkat
- sama TTP
- sama Kursus - Tred
- sama Bangsa
- sama Agama Tauhid (ad-deen)
- sama I'ttiqad (al-Islam)
- majority berAqidah (al-Iman) al-Islam
- majority berSyariah-Fiqg (al-Ilmu) al-Islam
- SERTA masih hidup pada zaman : keadaan : waktu : masa-saat yang sama... MELAINKAN hanya berbeza Skim Tangga Gaji sahaja... ???
- c) Tidak mungkin Majority boleh mengalahkan Minority dalam membuat keputusan... Jika berlaku, maka itu keputusan yang tidak Benar (bil-HAQQ), tidak Adil (bil-ADIL), tidak Saksama (bil-QISTY)...SEKALIGUS mencabuli apa yang terkandungan dengan kejap : jelas dalam PERLEMBAGAAN : AKTA AT...
2. Imbuhan tahunan sebanyak RM6k setiap tahun kepada anggota yang berhenti awal & tidak berpencen dengan terhormat.
3. Hak mewariskan pencen kepada isteri yang di nikahi selepas perkhidmatan, untuk sepanjang hayat balu. Bukan seperti amalkan sekarang yang menghadkan bayaran pencen waris hanya berlaku selama 20 tahun dari tarikh persara mulai pencen wajib.
4. Menuntut kerajaan memenuhi janji tentang pemberian tanah / rumah mampu milik / rumah murah kepada bekas2 tentera.
5. Menuntut penyeragaman pencen, PHU dan ex-gratia untuk semua Vet OKU perang tanpa mengira tahun akhir perkhidmatan.
///
PAHLAWAN.
22 ulasan:
bersetuju agar Angkatan Tentera tetap taat setia kepada Yang pertuan Agung dan tidak berpihak kepada mana mana parti politik untuk merintih simpati.Berpegang teguh dengan semangat setiakawan dan MENOLAK PEMBELOT demi diri sendiri. Bersedia memasuki bidang politik dikalangan Anggota dan Vetran demi kedaulatan Negara. berani berjuang walau di mana saja demi Negara dan Agama ...Allahu Akbar.
Badan bebas. Setia kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.
Perkampungan kampung baru boleh pulak diberi kepada komunis tetapi perajurit tanah air perlu berhempas pulas bagi memohon sedangkan nyawa masa dan tenaga mereka sudah dipateri janji kepada negara
salam..kena kumpulkan list nama bekas ATM tidak berpencen serta alamat emailnya..kumpulkan tajuk dan fakta serta cadangan nya sekali..masukkan kpd Jabatan ATM dan Menteri..
Saya akan bersama InsyaAllah di atas hak yang termaktub. Di Russia federation semua anggota tentera yang berkhidmat melebihi 15 tahun (kalau tak silap) diberi sebuah apartment mengikut katogori pangkat
Berikan peluang kerja dalam kemp tentera kepada bekas tentera yang berniaga
Satu cadangan yang baik kalau kerja-kerja kontrek pembaikan dalam kem serta perkhidmatan services - perkhidmatan kantin dll...dalam kem tentera hanya khaskan kepada bekas tentera sahaja...
Di melaka ada wakil pahlawan x?
Sy pesara tidak berpencen kini bjuang nasib dlm bidang usahawan
Kpl Yasriman Yahya(B) @ Brader Yas
Yas D'Beauty & Care
19G Kompleks Kesidang
Jalan Tun Perak
75300 Bachang
Melaka
0172501814
Website :
www.tiganaga.com
yasdbc@blogspot.com
Email : pengasas3naga@tiganaga.com
Alhamdullillah... Sy sokong perjuangkan INI....
Alhamdullillah... Sy sokong perjuangkan INI....
Mudah2an kerja keras ini direstui Allah Azawajalla dan dapat dilaksanakan sepenuh nya,secepat mungkin... In Shaa Allah.
Freemason around us
Freemason around us
Freemason around us
Count me in.
No politic.
No colour.
No religion.
No boundary.
Multiracial and harmony only.
Setuju
Setuju
Setuju Bro.tapi kita harus adakan platform didunia maya selain daripada FB dimana Veteran bolih daftar diri dan juga daftarkan ahli lain yang tiada internet kerana politikus hanya takut pada statistik dimasa yang nyata sahaja. Kita harus pelajari dari pengalaman Mahathir kerana dengan 1juta tandatangan pun tak laku dan diikuti dengan pelbagai tuduhan. Kita ini bekas tentera dan apajua kita hendak laksanakan pun harus mengikut undang-undang.
Baru-baru ini saya dah siapkan Portal untuk sebuah Yayasan Amal Jariah dan juga dah minta jasa mereka untuk khaskan satu laman bagi warga Veteran ATM untuk bermuzakarah dimana ianya telahpun dipersetujui.
Bagaimana jika saya cadangkan jika kita gunakan platform ini untuk kumpulkan statistik warga Veteran sebenar didalam masa yang nyata.
Jika setuju.....jom start the ball rolling dan mulakan pendaftaran : http://ytbm.comule.com...VMT
Apakah nasib bekas ATM veteran yang tidak berpencen? Jasa yang dicurahkan masa darurat tidakkah dikenang? Slogan yang selalu di dengar "JASA MU DI KENANG". Apakah erti di sebaliknya. Bekas ATM yang tidak berpencen dikenang?
"Bro", count me in. tapi pendaftaran yang terpapar diatas tidak dilayari.
saya sokong T5P ni..tetapi adakah hak untuk anggota LLP atau Pegawai??sbb sebwlum beberapa tahun saya berpencen saya rasa macam terkena aje dgn cara pengurusan pihak atasan serta bahagaian UGAT..
Catat Ulasan