Bismillah..
BACA , FAHAMKAN DAN SEBAR LUASKAN DEMI ISLAM DAN KESEJAHTERAAN NEGARA
Tahukah Anda ?
1. Pindaan Akta 355
● Usul yang dibentang oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
(Presiden PAS) di Parlimen pada tanggal 26 Mei 2016 yang lalu adalah
Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bagi meminda Akta 355 Mahkamah
Syariah (1965)
● Akta 355 ialah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. Kali terakhir dipinda ialah pada tahun 1984
● Bidang kuasa Mahkamah Syariah (pindaan 1984) hanyalah terhad kepada :
• 3 tahun penjara
• 5 ribu ringgit (denda)
• 6 kali sebatan
2. Kenapa Perlu Pinda Akta 355 ?
● Memperkasakan Institusi Mahkamah Syariah
● Bidang Kuasa Mahkamah Syariah (pindaan 1984) adalah lebih rendah dari
bidang kuasa Mahkamah Majistret sedang Islam adalah agama persekutuan.
● Sesuai dengan titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada
pembukaan Parlimen ke 13, Penggal ke 4 pada tanggal 7 Mac 2016 supaya
Institusi Mahkamah Syariah diperkasakan.
● Agar bidang kuasa
Mahkamah Syariah dipertingkatkan kepada tahap maksimum hukuman adalah
selaras dan menepati Syariah Islam. (Jumlah denda, penjara dan sebatan
tertakluk kepada kuasa kerajaan negeri yang diputuskan melalui Dewan
Undangan Negeri masing-masing)
3. Tidak Melibatkan Non Muslim.
● Non Muslim tidak perlu bimbang dan takut. Malah mereka tidak perlu
menentang dan mempersoalkannya kerana pindaan Akta 355 adalah pindaan
yang hanya berkait dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
●
Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah
hanya untuk umat Islam dan Akta 355 Seksyen 2 juga telah menjelaskan
hanya umat Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.
4. Tidak Melibatkan Hukuman Mati dan Potong Tangan.
● Pindaan Akta 355 adalah pindaan untuk mempertingkatkan bidang kuasa
Mahkamah Syariah yang hanya melibatkan denda, penjara dan sebatan.
● Ianya tidak melibatkan hukuman mati atau potong tangan.
5. Tidak Bercanggah Dengan Perlembagaan.
● Akta 355 yang sedia ada pun sememangnya diluluskan oleh Parlimen Malaysia sejak tahun 1965
● Akta 355 sebelum ini pernah dipinda iaitu pada tahun 1984.
Maka apa masalah untuk dipinda lagi pada tahun 2016 ? Sedang ia bertujuan untuk memperkasakan Institusi Mahkamah Syariah.
● Parlimen Malaysia sememangnya tempat meminda dan meluluskan undang-undang.
● Perkara 3 Perlembagaan Malaysia menyatakan : _"Islam ialah Agama
Persekutuan ; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan
damai di mana-mana Bahagian Persekutuan."
6. Bagaimana hukuman Jenayah Rogol ?
Kesalahan jenayah rogol tidak terletak di bawah bidangkuasa Negeri,
sebaliknya ia terletak di bawah bidangkuasa Persekutuan iaitu (Akta)
Kanun Keseksaan atau Penal Code.
Justeru itu, ia tiada kaitan dengan pindaan Akta 355.
///
BieJey (BJ)..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
TIDAK MUTLAQ & BERSYARAT...
HUKUM TIDAK PERNAH BERUBAH... Apa yg pernah dikatakan Haji Hadi ini tidak Mutlaq & bersyarat dengan pertimbangan bagi menghindari kem...
-
Pasik (الفاسق) - "perosak hubungan manusia sesama manusia & sesama bangsa : umat sendiri @ Syaitan yang menyerupai manusia , k...
-
Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang Kini Sudah ditemui?? ...
-
Allah Ta'ala berfirman: Allah Ta'ala berfirma وَقَضَيْنَا إِلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan