Jumaat, 24 Jun 2016

TAQIYYAH - berselindung dengan sumpah dusta.


13 Soalan: Apakah IRC-JIM-IKRAM amalkan taqiyyah?

taqiyyah-1 
 
Apa itu taqiyyah? Umumnya ia satu ungkapan atau janji atau sumpah yang berpura-pura untuk selamatkan diri atau untuk menjaga kepentingan kumpulan sendiri.
Taqiyyah adalah popular dalam fahaman Syi’ah. Menurut Syi’ah bahwa Taqiyyah wajib dilakukan. Jadi taqiyah adalah salah satu prinsip agama mereka. Taqiyyah dilakukan kepada orang selain Syi’ah, seperti ungkapan bahwa Quran Syi’ah adalah sama dengan Quran Ahlussunnah. Padahal ungkapan ini hanyalah kepura-puraan mereka. Mereka juga bertaqiyyah dengan pura-pura mengakui pemerintahan Islam selain Syi’ah. Padahal kakikatnya orang Syi’ah sangat membenci dan menganggap pemerintahan tersebut telah merampas.

Petikan dari: http://www.hidayatullah.com/artikel/ghazwul-fikr/read/2013/02/21/65910/taqiyah-dalam-pandangan-syiah-dan-ahlus-sunnah.html
“Ali Muhammad al-Syalabi menerangkan, dalam Syiah ada empat unsur pokok ajaran taqiyah;
Pertama, Menampilkan hal yang berbeda dari apa yang ada dalam hatinya. Kedua, taqiyahdigunakan dalam berinteraksi dengan lawan-lawan Syiah. Ketiga, taqiyah berhubungan dengan perkara agama atau keyakinan yang dianut lawan-lawan. Keempat, digunakan di saat berada dalam kondisi mencemaskan (Ali Muhammad al-Syalabi, Fikr al-Khawarij wa al-Syiah fi Mizan Ahlissunnah wal Jama’ah, hal. 311).

Posisi ajaran taqiyah dalam Syiah sangat esensial. Seperti kata al-Kulaini, penulis al-Kafi:
لا دين لمن لا تقية له
“Tidak beragama orang yang tidak menggunakan konsep taqiyah.” (al-Kulaini, Ushul al-Kafi, jilid II, hal. 217). Karena itu, Ibnu Babawaih, tokoh besar Syiah klasik, berfatwa bahwa hukum menerapkan taqiyah itu wajib, seperti kewajiban menjalankan shalat.
Ia mengatakan; “Keyakinan kita tentang hukum taqiyah adalah wajib, barang siapa yang meninggalkan taqiyah sama halnya dengan meninggalkan shalat.” (Ibnu Babawaihi, al-I’tiqadat, hal. 114).

Dalam keyakinan Syiah, taqiyah merupakan pilar-pilar utama agama. Taqiyah diserupakan dengan Sembilan persepuluh dari agama mereka. Sementara rukun-rukun Islam dan kewajiban dalam Islam lainnya hanya sepadan dengan satu persepuluh. Ini artinya, taqiyah lebih utama daripada rukun Islam. (lihat al-Kafi, juz II hal. 217, Badzlul Majhud  juz II hal. 637).”

Manakala dalam kalangan Sunni pula, taqiyah amat  berbeza dan ia tidak wajib.
Petikan dari http://www.hidayatullah.com/artikel/ghazwul-fikr/read/2013/02/21/65910/taqiyah-dalam-pandangan-syiah-dan-ahlus-sunnah.html

“Berbeda dengan Syiah, Islam (Ahlus Sunnah) memberlakukan taqiyyah terhadap orang-orang kafir. Dalam paradigm Islam, menyembunyikan keyakinan di hadapan orang kafir dibenarkan jika dalam kondisi darurat. Hukumnya boleh, tidak wajib.

Seperti dalam firman Allah swt: “Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar.” (QS: Al-Nahl : 106).

Dari ayat ini jelas terlihat perbedaannya dengan konsep Syiah. Seperti diriwayatkan oleh Mu’adz bin Jabal, bahwa menyembunyikan keyakinan di hadapan orang kafir berlaku saat awal-awal Islam, sebelum umat Islam kuat. Adapun sekarang, Allah memberikan kemenangan kepada umat Islam. Sehingga hendaknya mereka tidak merasa takut lagi. (Imam al-Qurtubi,Al-Jami’ li Ahkami al-Qur’an, jilid IV hal. 57).

Dalam Islam (Ahlus Sunnah), taqiyyah merupakan rukhshoh (kemudahan) ketika dalam kondisi darurat. Parameter darurat itu seperti digambarkan oleh Ibnu Mundzir; “Para ulama sepakat bahwa orang yang dipaksa kafir, saat keselamatan jiwanya terancam, kemudian mengucapkan kata-kata kufur, tapi hatinya tetap teguh keimannnya, demi menyelamatkan nyawa adalah diperbolehkan.” (Ibn Hajar, Fathul Bari, 12 hal. 314).

Jadi, ada perbezaan mendasar antara taqiyyah dalam Ahlus Sunnah dan Syiah. Ahlus Sunnah mensyaratkan dalam kondisi darurat. Darurat ini ukurannya seperti ukuran dalam fikih. Yakni nyawa terancam. Sedangkan Syiah, tidak ada syarat seperti itu. Bahkan merupakan kewajiban agama di tengah mayoritas golongan lain. Taqiyyah dalam Syiah bukan dispensiasi, tapi kewajiban asasi.”
Soalan: Bolehkah kita kata ahli IRC-JIM dipercayai mengamalkan fahaman taqiyah ini? Mungkin ya mungkin tidak. Tetapi apa yang kita perhatikan tingkah laku mereka, mereka boleh berpura-pura di hadapan orang lain yang bukan IRC-JIM. Apabila mereka bersama PAS, mereka berpura-pura mereka sokong PAS dan mereka bersama PAS. Tetapi mereka hanya berpura-pura. Di belakang PAS, mereka ada agenda lain dan tersembunyi.

Shaari Sungip dan Mustafa Kadir pernah bertemu dengan TGHH dan TG Hj Harun Taib apabila kembali dari UK setelah tamat belajar pada pertengahan 1980an dan menawarkan diri untuk membantu PAS. TGHT sudah mengenali Shaari Sungib lebih awal dari pimpinan PAS yang lain apabila TGHT berdepan dengan kumpulan IRC ini di kampus UTM, sarang utama IRC di Malaysia. Satu debat antara mereka berdua pernah berlaku di pentas di UTM di awal 80an dalam menentukan samada mahasiswa tempatan harus ambil sikap partisan atau tidak partisan. IRC tidak mahu ambil sikap partisan kepada Islam apatah lagi kepada PAS dalam isu-isu semasa termasuk isu politik yang berkaitan dengan kepentingan ummah dan Islam.

Alasannya mahasiswa masih belajar dan bahaya kalau mereka menzahirkan diri sebagai petugas Islam atau penyokong Islam. Inilah alasan puak Ikhwan Alami yang berpandangan identiti pejuang Islam harus disorok. Jangan zahirkan. Maka apabila pelajar Malaysia dari UK balik Malaysia, mereka tidak mahu bersama PAS atas alasan nanti kena tangkap oleh kerajaan BN-UMNO. Kemudian mereka menimbulkan polemik “PAS masuk pilihanraya, dan pilihanraya tidak syar’ie”. Apabila pimpinan PAS bertanya balik, adakah tidak masuk pilihanraya itu syarie? Mereka diam membatu kerana tiada hujah balas.

Murabbi dari Ikhwan Alami adalah orang-orang Ikhwan yang diburu oleh kerajaan negara asal  mereka kerana penglibatab mereka dalam Ikhwan Muslimin yang bermula di Mesir. Psikologi orang Ikwan Alami ialah takut menzahirkan diri. Perasaan takut dididik dalam pelajar Malaysia dalam kumpulan IRC, lalu apabila pelajar Malaysia dari kumpulan IRC ini kembali ke tanahair, mereka takut bersama PAS dan takut menyatakan sokongan kepada isu yang ada kepentingan Islam dan ummah.

Apa pun setelah Shaari Sungib dan Mustafa Kadir bertemu dengan Presiden PAS Ustaz Fadzil Noor, mereka diarah berbincang dengan TGHH dan TGHT, yang memimpin Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat. PAS menganggap mereka sudah matang dalam berjamaah.  PAS sangka baik. Akhirnya Shaari Sungib dan Mustafa Kadir diberi tugas untuk menulis silibus usrah untuk LajnahTarbiah PAS Pusat. Mereka berjanji akan menyediakan buku dengan mengumpulkan tulisan-tulisan pimpinan PAS yang mengikut manhaj PAS, dasar dan prinsip Islam yang diperjuang ileh PAS, dan uslub dakwah PAS dengan mengambilkira Perlembagaan PAS.  

SoalanApakah mereka bertaqiyah ketika itu? Maka lahirlah buku Usrah Jilid 1, tulisan Abu Urwah (nama samaran Shaari Sungib) dan TGHH menulis blurp di kulit belakang buku hijau air itu. Buku ini mengandungi beberapa  bab yang dkumpulkan oleh Sahaari Sungib dari tulisan-tulisan sahabat-sahabat dari MISG USA & Canada. Malang Shaari Sungib dakwa dia adalah penulis buku tersebut. Tulisan-tulisan pimpinan PAS tidak ada di dalam buku tersebut. Mstafa Kadir telah masuk UMNO selepas rahsia identitinya terbongkar. Shaari Sungib sambung belajat dan aktif di UK selepas itu sehingalah tahun 1990 beliau kembali dan menubuhkan JIM untuk IRC yang bawah tanah sebelum itu.

Setelah buku ini digunakan oleh ahli-ahli PAS dalam usrah-usrah di seluruh negara, Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat membuat pemantauan dan mendapati kupasan buku tersebut oleh Shaari Sungib dan Mustafa Kadir menyeleweng, di mana mereka menafikan kedudukan ulamak sebagai pimpinan ummah. Bagi mereka pimpinan ummah tidak mesti ulamak sedangkan di dalam ulamak adalah waris anbiya dan menjadi pemimpin ummah. Pemiimpin negara atau parti boleh terdiri dari umara yang boleh jadi juga dari kalangan ulamak. a. Tetapi pemimpin ummah mestilah terdiri dari ulamak. Akibat dari penyelewengan ini, buku ini ditarik balik dan dibatalkan dalam silibus usrah PAS.

Pemahaman yang menyeleweng ini telah menyerap masuk dalam pemikiran ahli-ahli usrah PAS terutama dalam kalangan mahasiswa. Soalan: Apakah tidak mereka bertaqiyah depan pimpinan PAS bersetuju untuk mengikut garis panduan penyediaan buku yang disediakan oleh pimpinan PAS, tetapi kemudian mereka langgar janji mereka?

Pada tahun 1987 pula, berlaku satu perdebatan yang hebat di MISG Convention di Kentucky mengenai isu yang sama, iaitu samada mahasiswa harus partisan atau tidak partisan pada gerakan Islam dalam isu-isu berkaitan dengan Islam dan ummah khususnya di Malaysia. Kumpulan IRC dalam MISG tidak mahu partisan, tapi kumpulan pro-PAS mahu ambi sikap partisan kepada Islam. Susulan Convention itu, pimpinan PAS dan pimpinan IRC bertemu di Terra Haute Indiana untuk berbincang semula dan selaraskan sikap mahasiswa.

Siapa yang hadir pada masa itu? Syed Azman, Ustaz Hassan Shukri,Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Ali Othman, Ustaz Zawawi Ali. Mereka mula berbincang selepas waktu Isya hingga ke waktu Subuh esok. di Masjid Terra Haute. Abu Iman atau Dzulkifli Ahmad dari England mewakili Syura UK turut hadir. Perbincangan amat ilmiah dan bersandarkan kepada hujah dan nas yg kukuh, mengambilkira semua aspek iman, akhlak, sosial politik psikologi, dan politik antarbangsa, yang mana kesimpulannya menetapkan satu keputusan secara musyawwarah bahawa mahasiswa Malaysia mesti ambil sikap partisan kepada Islam untuk kepentingan ummah. Malang bila Dzulkifli Ahmad balik ke England dan bertemu dengan Syura IRC, mereka membuat keputusan membatalkan keputusan musyarrawah Terra Haute. Soalan: Apakah ini bukan taqiyyah, setuju pada awalnya, kemudian langgar janji bersama? Bukankah ini janji pura-pura?

Apabila JIM ditubuhkan pada tahun 1990 secara rasmi di Malaysia, ahli-ahli IRC dari UK  Mesir,dan Jordan serta ahli-ahli MISG USA& Canada masuk JIM. Kebanyakan yang masuk adalah pimpinan mereka. Pada tahun yang sama PAS berjaya menumbangkan BN-UMNO di Kelantan. Maka Anwar menjemput JIM bersama UMNO dan menjajikan habuan yang baik untuk mereka jika dapat membantu Anwar dan ABIM dalam UMNO membawa “imej Islam” dalam UMNO. Maka lahirlah kertas Grand Design yang ditulis oleh Shaari Sungib dan Dzulkifli Ahmad untuk menyusun strategi kuasai UMNO dan PAS. Apa janji mereka pada Anwar? Soalan: Apakah mereka tidak bertaqiyah dengan Anwar pula? Dalam kertas Grand Design itu, mereka menyatakan mereka tidak berharap pada ABIM dalam misi Anwar ini.

Dr Dzulkifli Ahmad dan beberapa pimpinan IRC di Shah Alam masuk PAS pada tahun 1996. Soalan: Apakah mereka tidak bertaqiyah dengan PAS pula? 
Malang berlaku pada Anwar dan JIM. Mereka lupa dalam sunnatullah perjuangan Islam, mesti ada ujian yang mesti dihadapi dan tidak ada kemenangan mudah dalam perjalanan dakwah ini. Bila Anwar kena pecat dari Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, ahli ABIM, ahli JIM-IRC jadi ketidak-tentuan dan berselerak di sana sini.  Ustaz Fadzil dan dua pimpinan tertinggi PAS yang lain telah membuat keputusan untuk membenarkan Ustaz Fadzil bertemu Anwar dalam suasana kritikal itu. Natijahnya ahli ABIM, ahli JIM dan ahli PAS “bersatu” di bawah satu payung untuk berdepan dengan BN-UMNO. Kemudian PKN (Parti Keadilan Nasional) ditubuhkan pada tahun 1999.

Dalam PRU 2000, BN tumbang di Terengganu. Kesemua ahli PAS, ABIM dan JIIM dari PAS dan PKN bantu membantu menumbangkan BN. Ahli IRC-JIM dalam PAS menikmati segala kemudahan dalam PAS: markas PAS, kenderaan PAS, petuhas-petugas PAS. Mereka kata PKN baru lahir dan dhaif serta perlu bantuan dari PAS sebagai “abang”. Lalu dengan tagline itu, mereka mula meminta kerusi PAS di beberapa DUN dan Parlimen. Ahli-ahli IRC-JIM dalam PAS main peranan untuk pujuk pimpinan PAS memberikan kerusi kepada orang-orang mereka dalam PKR dan PAS.

Setiap tahun, IRC di UK dan MISG di USA mengadakan konvension seperti biasa. Pada tahun 2000, 2001 dan tahun-tahun berikutnya, pimpinan PAS dari ahli IRC-JIM, dijemput ke konvension di luar negara. PAS secara senyap memantau pertemuan dan ucapan mereka. Dalam pertemuan tertutup mereka, apabila pelajar bertanya tentang masa depan JIM dan PAS, mereka mengatakan “KITA BERPOLITIK BERSAMA PAS, JAMAAH MASING-MASING”. Tagline ini bocor kepada PAS. Ahli PAS yang ditugaskan mengikuti gerak langkah Shaari Sungib dan Dr Dzulkifi Ahmad ke UK dan Amerika telah mengesahkan tagline yang menjadi pegangan mereka: taqiya dalam PAS.  Tagline ini membawa makna wujudnya pemikiran JAMAAH DALAM JAMAAH, api dalam sekam, musang berbulu ayam, talam dua muka, opportunis dalam PAS. Mereka bersama kerana ada kepentingan. Soalan: Bukankah ini pelanggaran janji mereka setelah menjadi ahli PAS yang perlu berpegang kepada baiah menjadi PAS dalam borang permohonan ahli yang mereka isi dan janji mereka untuk berpegang kepada Perlembagaan PAS? Soalan: Inikah taqiyyah mereka.

Masa berlalu, mereka mendapat tempat istimewa dalam PAS, dan dalam masa yang sama mereka hampir berjaya menguasai kepimpinan PAS pada tahun 2011 dan selepas 2013, susulan Kajang Move, mereka cuba menggulingkan kepimpinan ulamak dalam PAS, tapi gagal!  Mereka keluar dari PAS dan langgar baiiah sebagai calon ADUN dan Parlimen PAS. Soalan: Apakah mereka bertaqiyyah semasa mengungkap bai’ah ketika bersetuju untuk jadi calon PAS? Soalan: Kalau mereka langgar baiah untuk menyelamatkan diri mereka dan agenda mereka serta jamaah mereka, maka ia adalah halal dan baiah yang diucapkan itu terbatal dengan sendiri? Inkah sagu lagi taqiyyah mereka, orang IRC-JIM?

Nah, Soalan: Apakah gabungan kelompok pro-syiah yang juga mengamalkan taqiyyah dengan kelompok IRC-JIM yang juga amalkan taqiyyah amat serasi? Pasti serasi? 2/3 dari ahli PAN adalah orang-orang JIM-IRC-IKRAM. Soalan lagi: Apakah mereka sedang bertaqiyyah dengan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang? Logiknya, ucapan Aku Janji atau sumpah setia atau baiah apa pun dengan DAP, ia hanya satu taqiyyah yang mereka berpura-pura sahaja. Mereka boleh langgar perjanjian mereka dengan DAP bila-bila masa. Soalan: Buat masa ini apakah mereka bertaqiyyah bersama DAP menguntungkan mereka, mereka dapat dedak, sekolah IKRAM mereka dibiayai sebanyak RM15 juta oleh Kerajaan Pulau Pinang, mereka dapat nikmati pelbagai kemudahan bawah kerajaan negeri  P. Pinang dan Selangor?

Soalan: Sampai bilakah mereka akan bertaqiyyah? Di manakah sempadan taqiyyah mereka? Apakah sunnatullah perjuangan Islam membenarkan mereka bertaqiyah sebagaimana mereka telah lakukan selama ini? Apakah mereka bertaqiyyah untuk pelihara nafsu atau untuk pelihara iman?  Apakah tidak mungkin taqiyyah mereka membawah kepada sifat munafik dan fasiq serta merosakkan jamaah yang mereka sertai?  Kita tunggu keputusan dari Allah SWT yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.

Apa yang kita maklum, mereka bertaqiyyah dengan pihak lain daripada kelompok IRC-JIM-kerana mereka telah angkat sumpah taat setia atau baiah pada Amir (ketua) mereka di dalam organisasi (Majlis Syura Muslimin) mereka dikenali sebagai Ikhwan Alami. Dalam kertas Grand Design yang ditulis oleh Shaari Sungib dan Dr Dzulkifli Ahmad, terdapat nama-nama pemimpin Ikhwan Alami yang berada di luar negara yang merupakan murabbi mereka semasa mereka belajar di universiti di luar negara dan murobbi ini masih lagi menjadi kiblat mereka.  Apabila mereka sudah bersumpah taat setia, maka mereka akan pegang janji mereka. Mana-mana ahli yang langgar baiah ini akan hadapi masalah pada masa depan.

Soalan: Bagaimana mengenali mereka?  Orang-orang IRC dari UK yang kembali ke Malaysia di antara 1986-1991 mereka dikehendaki menghubungi orang lama IRC tertentu dan semasa pertemuan itu mereka dikehendaki membawa akhbar Watan sebagai satu password identiti. Kemudian mereka akan dimaklumkan ke manakah mereka akan pergi dan apa yang patut mereka lakukan. Modus operandi ini semacam gerakan bawah tanah. Seterusnya mereka akan ikuti program dalaman IRC-JIM dan mereka mengelak menghadiri program PAS kecuali atas arahan pimpinan IRC-JIM.

Apabila mereka berada dalam PAS, mereka betaqiyyah. Begitulah kisah mereka sehinggalah berlaku Kajang Move, yang membuka topeng-topeng mereka satu persatu. Dan apabila mereka keluar PAS dan tubuh PAN, mereka keluar beramai-ramai atas nama bai’ah mereka kepada Amir Ikhwan Alami. Jadi kita tidak hairan, kelompok mereka yang keluar terdiri dari bekas-bekas pelajar UK, USA, Mesri, dan Jordan. Majoriti dalam PAN adalah orang IRC-JIM-IKRAM.  Timbalan Presiden PAN adalah IKRAM, Calon PKR Sg Besar dan Kuala Kangsar dalah IKRAM. Mat Sabu bukan IKRAM sejak azali lagi, maka dia tidak boleh jadi calon PAN serta tidak dbenarkan oleh DAP.  Desus-desar dalam kalangan ahli PAN, Mat Sabu bakal disingkirkan dan IKRAM akan bawa masuk Husam sebagai Presiden baru PAN. oleh Bekas Ahli IRC

Tiada ulasan:

TIDAK MUTLAQ & BERSYARAT...

HUKUM TIDAK PERNAH BERUBAH... Apa yg pernah dikatakan Haji Hadi ini tidak Mutlaq & bersyarat dengan pertimbangan bagi menghindari kem...