Selasa, 7 Jun 2016

AL-MAJUSI PENYEMBAH API/MATAHARI & PEMUJA AL-JINN UNTUK KELEBIHAN DIALAM JASAD.


Dan mereka menjadikan jin sekutu bagi Allah, padahal Allah jua yang menciptakan jin-jin itu; dan mereka berbohong bahawa, “Allah mempunyai anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan,” tanpa berdasarkan sebarang pengetahuan. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi daripada sifat-sifat yang mereka gambarkan.- Qs 6:100
Mereka memegang kepercayaan bahawa Penguasa alam itu adalah dua;
1- Allah sebagai sekelian Tuhan Kebaikan, kebenaran, kemuliaan dan ketinggian yang diperlambangkan dengan “Nur” atau terang.
2- Iblis @ syaitan sebagai tuhan dari segala kejahatan, kedurhakaan, kekufuran, yang diperlambangkannya dengan “kegelapan”.
Pegangan orang-orang Parsi di Iran yang sampai sekarang mereka berpegang teguh dengannya. Tuhan dengan dua nama,
Pertama, -“Ahuramazda”- Tuhan Terang.
Kedua, -“Ahriman”- Tuhan kegelapan.
Mereka mengambil api, lalu mereka sembah, kerana api sebagai lambang daripada terang, lantaran itu agama mereka menjadi penyembah api atau “Majusi”. Setelah seluruh Iran menerima Islam, sisa kaum Majusi itu lari ke India, sampai sekarang mereka berpusat dibombay dan disana mereka masih memelihara api yang disembah itu yang tidak boleh dibiarkan padam, kerana ia dijaga lebih 2,000 tahun.- Ruj. Nasional Georafik.

Adapun kepercayaan Arab kuno dizaman jahiliah percaya bahawa, Tuhan kawin dengan Jin, lalu mendapat puteri perempuan. Puteri itulah yang jadi Malaikat. Menyembah jin adalah kepercayaan yang berakar umbi dari bangsa Yunani dan Rom. Mereka membahagi kepada tiga tingkat.
Pertama- Egrius atau Zeus disebut juga Jupiter.
Darjat kedua ialah Tuhan-tuhan yang mengatur tiap-tiap kota dan daerah, sehingga ditiap kota ada Tuhan yang mengaturnya sendiri-sendiri, di Rom ada berhala perempuan yang dibuat daripada emas, oleh sebab banyak yang dituhankan, maka majulah seni pahat memahat patung-patung bangsa Rom dan Yunani.
Darjat ketiga ialah pengiring-pengiring dari tuhan-tuhan itu.

Orang Hindu, menamakan tuhan-tuhan itu “dewa”, orang hindulah yang paling banyak mempunyai tuhan-tuhan atau dewa-dewa.
Dewa tertinggi ialah Kanara,
Dewa kedua Yaka.- Yang membagi-bagi rezeki kepada manusia.
Dewa perempuan yang tertinggi ialah Dewi Indera.
Orang hindu pada dasarnya percaya bahawa Tuhan yang tertinggi dan Esa juga iaitu Brahma, dan kemudiannya manjadi trimurti, iaitu Brahma, Wisynu, dan Syiwa, dan menyusul kemudian dewa-dewa yang lain berpuluh ribu banyaknya.

Di Syria ada satu golongan agama bernama Yazidiah, mereka menyembah syaitan, memuja kepada iblis, agar iblis itu jangan memperdayakan mereka. Dan dikalangan kristian juga percaya bahawa setelah iblis itu pun diusir dari syurga, menjadi musuh bagi Allah dan manusia sejak dari Adam dan Hawa namun dia masih tetap berkuasa dalam alam ini, sebagai Tuhan kejahatan, dan mereka namai syaitan itu “penghulu dunia”

Miskipun dikalangan mereka berkata, bahawa syaitan dan iblis adalah Tuhan dari kegelapan, kerana hendak membersihkan Allah, padahal dengan demikian mereka telah mengurangi separuh dari kekuasaan Allah, sehingga tersebab kepercayaan itu, Allah tidak sanggup lagi merubah kejahatan, kerana kejahatan tidak dapat dikuasai-Nya, kerana kejahatan dibawah kuasa syaitan.

Kepercayaan-kepercayaan yang semacam ini terdapat juga dikalangan bangsa kita sebagai sisa-sisa dari fahaman dinamisime purbakala, miskipun sudah memeluk agama Islam tapi masih menebal lagi pegangan jahiliah. Kadang-kadang terdengar bahasa suatu tempat itu keras atau sakti, dan ada penghuninya, supaya penghuni itu jangan menganggu diadakan sajian buat dia, dan masih ada pusaka mentera yang diucapkan yang tidak digunakan lagi, contohnya,
Hai, mambang tanah, mambang api, mambang angin, mambang air..
Wahai simambang marilah bersama berdamping dengan ku…

Sekian harap maklum.

TIDAK MUTLAQ & BERSYARAT...

HUKUM TIDAK PERNAH BERUBAH... Apa yg pernah dikatakan Haji Hadi ini tidak Mutlaq & bersyarat dengan pertimbangan bagi menghindari kem...