Surat terbuka kpd AbamM Mat YB Menteri Pertahanan
(kami telah pun tunaikan Pemberian Mandat - PRU14)
Penohi tuntutan & hak kami
1) MANSUHKAN Akta Veteran AT semasa yg tidak selaras dengan kehendak Perlembagaan Persekututan & Akta ATM 1972 dan menetapkan Nombor Tentera sedia tertera dibelakang MyCard sebagai identiti unik Veteran ATM (Rtd/B) tanpa keperluan apajua kad berasingan dikeluarkan JHEV, Pertubohan atau Persatuan bagi membuktikan identitiNya sebagai Veteran ATM (R:td/B) menamatkan perkhidmatan dengan terhormat & berpencen.
2) JAMINKAN perolehan perkhidmatan kesihatan dan perubatan terbaik sentiasa percuma di hospital kerajaan atau hospital yg diusahakan oleh perbadanan kerajaan mahupun GLC terhadap setiap Veteran ATM tanpa mengira pangkat, isteri/suaminya yg sah berkawin dan anak-anak dibawa umur 21 tahun. Sesaorang Veteran ATM semasa masih aktif berkhidmat dan tamat diri perkhidmatan secara terhormat dengan hanya menunjukkan MyCard.
tersedia maklumat :
No. MyCard
No. Ic asal (sebelum masuk tentera)
No. Tentera (T...)
Status Perkhimatan (B/Rtd) - bersara : veteran
Kelas Wad
Kelas Wad
3) JAMINAN perolehan diskaun 50% kemudahan perkhidmatan awam yg disediakan kerajaan atau yg diusahakan oleh perbadanan kerajaan mahupun GLC terhadap veteran ATM tanpa mengira pangkat,
isteri/suaminya yg sah berkawin dan anak-anak dibawa umur 21 tahun.
Sesaorang Veteran ATM semasa masih aktif berkhidmat dan tamat dari
perkhidmatan secara terhormat dengan hanya menunjukkan MyCard.
4) JAMINKAN pendidikan terbaik sentiasa percuma dimana-mana Institusi Pengajian Tinggi yg disediakan kerajaan mahupun GLC terhadap anak-anak veteran ATM tanpa mengira pangkat, dilahirkan semasa veteran masih dalam perkmatan atau telah tamat perkhidmatan dengan hanya menunjukan MyCard.
5) JAMINKAN pemberian keutamaan dalam segala program pembangunan sosio ekonomi rakyat yg dikelolakan oleh kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan bagi veteran ATM LLP tanpa membezakan etnik serta fahaman agama didahulukan sebelum dilebarkan kpd golongan yang di labelkan Bumiputera & selannjutnya dengan hanya menunjukkan MyCard.
Wassalaam
///
Tiada ulasan:
Catat Ulasan