Jumaat, 15 April 2016
TUN MAHATHIR PERLU MINTA MAAF DAN BERTANGGUNG JAWAB
TUN Dr Mahathir Mohamad perlu bertanggungjawab terhadap kerosakan reputasi negara dan media barat harus meminta maaf kepada rakyat Malaysia, kata Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Tengku Sharifuddin.
Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad berkata, pengakuan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir membuktikan dakwaan liar yang dicanangkan selama setahun oleh bekas perdana menteri iaitu Dr Mahathir dan kempen anti-Najib adalah tidak benar sama sekali.
Semalam, Adel berkata sumbangan derma kepada Najib itu memang datang dari negara itu tanpa mengharapkan sebarang balasan.
"Pembohongan Tun Mahathir didorong oleh kepentingan peribadi tanpa mempedulikan kepentingan Malaysia mahupun rakyat."
"Ia merupakan percubaan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik, semata-mata untuk menyelamatkan karier politik anak Tun Mahathir iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir," katanya.
Tengku Sharifuddin berkata, kenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu mengesahkan apa yang dipertahankan oleh Najib mengenai derma RM2.6 bilion selama ini dan kesimpulan pelbagai pihak berkuasa selepas siasatan menyeluruh bahawa dana itu ialah sumbangan dari Arab Saudi.
"Media barat yang membenarkan diri mereka digunakan untuk menyebarkan dakwaan palsu bermotifkan politik harus meminta maaf kepada rakyat Malaysia," kata beliau lagi.
Menurut Adel, "Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Kami juga sedar sepenuhnya bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan terperinci mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku. Justeru, setahu kami, isu itu ditutup."
///
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
TIDAK MUTLAQ & BERSYARAT...
HUKUM TIDAK PERNAH BERUBAH... Apa yg pernah dikatakan Haji Hadi ini tidak Mutlaq & bersyarat dengan pertimbangan bagi menghindari kem...
-
Pasik (الفاسق) - "perosak hubungan manusia sesama manusia & sesama bangsa : umat sendiri @ Syaitan yang menyerupai manusia , k...
-
Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang Kini Sudah ditemui?? ...
-
Allah Ta'ala berfirman: Allah Ta'ala berfirma وَقَضَيْنَا إِلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan