Rabu, 22 Jun 2016

Mentaati PEMIMPIN diantara PENZALIM dan 'Kafir Buwah' Hukum taat pemimpin fasiq atau zalim


Soalan: Ustaz, apa hukum kita terhadap pemimpin yang fasiq?
Perlu taat ke? Atau boleh je kita jatuhkan dia?

Jawapan:
Secara umum, hukum asal hubungan dalam sebuah negara Islam antara rakyat (mereka yang dipimpin) dan juga ketua negara (pemimpin) adalah taat.
Ini berdasarkan banyak sumber nas dan antara yang masyhur adalah berdasarkan firman Allah swt:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ
“Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul (Nya), dan ulil amri (pemimpin) di antara kamu.” (Surah An-Nisa’ : 59)

Jelas dalam ayat ini hubungan ketaatan itu secara asalnya itu wujud antara pemimpin dan rakyat.
Namun, dalam hal apabila pemimpin itu seorang yang fasiq atau zalim, kebanyakkan ulama telah membicarakan hal ini dalam tiga keadaan.

1) Hubungan antara rakyat dan pemimpin fasiq
Jumhur fuqaha’ berpandangan dalam situasi ini, ianya tetap tidak merubah hukum asal akan hubungan antara rakyat dan pemimpin iaitulah perlu ditaati walaupun pemimpin tersebut adalah seorang yang zalim atau fasiq. Antara dalil yang banyak disandarkan adalah hadis Rasulullah saw:
Seorang Sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w:Ya Nabi Allah, bagaimana menurutmu jika para pemerintah yang memimpin kami yang selalu mengutamakan hak mereka tetapi mereka tidak bersedia memenuhi hak kami?

Nabi menjawab: “Tunduk dan patuhlah kamu, sesungguhnya mereka akan bertanggungjawab atas kepimpinanya,manakala kamu juga akan bertanggung jawab terhadap ketaatan kamu kepadanya”.(HR.Muslim no.1846)

“Sesiapa yang dipimpin oleh seseorang pemimpin lalu dia melihat pemimpinnya berbuat maksiat kepada Allah, maka hendaklah dia membenci perbuatannya, namun jangan dia melepaskan ketaatan daripadanya”.(HR.Muslim no.1855)
Maka kefasikan dan kezaliman yang wujud pada pemimpin tersebut tidak pernah menghilangkan akan hak ditaati yang pada asalnya sememangnya wujud pada pemimpin tersebut.

2) Apabila disuruh melakukan kezaliman.
Tetapi ketaatan pemimpin tersebut bukanlah suatu yang mutlak seperti mana pada seorang pemimpin yang adil.

Ketaatan terhadap pemimpin yang fasiq adalah selagi mana ianya tidak berkait dengan arahan yang membabitkan maksiat atau melanggar arahan Allah swt.

Tidak ada ketaatan pada perkara maksiat kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam perbuatan yang baik”. (HR.Muslim:1840,Bukhari:7145)

“Dan janganlah kamu mentaati perintah orang-orang yang melampaui batas”.(Asy-Syu’ara:151)
Nas-nas ini memberi gambaran bagaimana ketaatan terhadap makhluk itu mempunyai pengecualian iaitu apabila membabitkan arahan terhadap perkara yang mungkar atau maksiat. Termasuk dalam isu ini hal berkenaan pemimpin yang fasiq.

3) Limitasi kefasiqan dan kezaliman pemimpin
Ulama juga menggariskan kefasikan dan juga kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin tersebut juga ada limitasinya, bukanlah walau sezalim dan sefasiq mana pun dia kita perlu taat.
Adanya keadaan atau situasi dimana akan terungkai ikatan ketaatan tersebut lalu menjadi kewajipan umat Islam untuk keluar dan menjatuhkan pemimpin tersebut. Keadaan ini ialah apa yang diistilahkan oleh Baginda saw sebagai “Kapir (engkar) buwah” (الكفرالبواح)

Ubadah Ibn Shamit r.a berkata: Kami membai’at Rasulullah s.a.w dengan janji akan mendengar perintahnya, mentaatinya baik dalam keadaan susah mahupun senang, baik sulit mahupun lapang dan dalam keadaan dia lebih mengutamakan orang lain daripada kami dan kami tidak melawan orang-orang yang memegang kekuasaan, kecuali (beliau menjelaskan) jika kamu melihat bukti “kafir buwah” terhadap mereka. Terhadap orang seperti itu disisi kamu ada keterangan yang cukup daripada Allah”. (HR.Mutaffaq ‘alaih,al-Muntaqa 2/739)

Ibnu Hajar menterjemahkan istilah “kafir buwah” sebagai suatu kekafiran yang ditunjukkan secara jelas seperti melarang manusia untuk beribadah, menolak sumber pensyaraiatan al-Quran dan as-Sunnah atau sehingga melakukan kezaliman besar terhadap umat Islam secara jelas seperti pembunuhan besar-besaran terhadap orang Islam.

Apabila situasi ini berlaku, jumhur fuqaha’ seperti Hasan al-Basri, Imam Ahmad bin Hanbal, al-Nawawi serta termasuk dikalangan sahabat-sahabat yang muktabar menetapkan pemimpin tersebut hendaklah dijatuhkan oleh umat Islam.

Apa yang boleh kita simpulkan dalam persoalan ini adalah:
1. Mentaati pemimpin itu adalah perkara yang jelas dalam Syariat Islam. Kefasikan dan kezaliman seorang pemimpin itu tidak menghilangkan akan hak ditaati oleh rakyatnya selagi mana ianya tidak berkait arahan yang bertentangan dengan suruhan agama dan kezaliman itu tidak sehingga mencapai tahap “kafir buwah”.

2. Taat kepada pemimpin fasiq bukanlah bermaksud tunduk dan senyap terhadap kezaliman yang dilakukan, teguran dan juga nasihat amar makruf nahi mungkar hendaklah berterusan cumanya tidaklah sehingga kepada menjatuhkan pemimpin dengan pemberontakan lalu memberi mudharat besar kepada umat Islam.

3. Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ menyebut bahawa larangan supaya tidak menjatuhkan pemimpin fasiq bukanlah bererti mengiktiraf kefasiqan mereka, tetapi ianya adalah untuk menolak fitnah yang lebih besar yang bakal terjadi terhadap umat Islam. Begitu juga kebolehan menjatuhkan pemimpin fasiq hingga kepada tahap “kafir bulwah” adalah kerana tindakan itu telah memberi fitnah tersangat besar kepada umat. Bermaksud apa yang menjadi nialaian utama oleh ulama dalam mana-mana isu adalah kepentingan umat.

لا يجوز إنكار المنكر بمنكر أكبر منه
Tidak boleh menolak sesuatu kemungkaran dengan melakukan kemungkaran yang leibh besar daripada itu (mungkar yang ingin dicegah)
///
Ab Sheikh Yunan.

"AL-KITAB" (qalaamallah - al-Qalam : Abjad, Huruf - bukan bacaan), SETELAH "al-Qalam - qalaamallah" diberi tanda qalam, bacaan & titik - AL-QURAN (bacaan).



Sesungguh الفران itu adalah اقرأ : bacaan - lisaanun Arabia yang berasal dari Qalaamallah - الكتاب (qalam, huruf, abjad, lambang, simbol, SIGN) bukan bacaan lagi.  Adalah amat jelas bahawa pada asalNya القران itu tidak ada tanda القلم (lambang) & tidak ada tanda bacaan melainkan qalam2Nya satu demi satu yang akhirnya membentuk kumpulan - perkataan - lisan (bacaan - sebutan)...

Billion manusia membaca القران dimuka bumi ini, tapi berapa kerat yang mengkajiNya akan setiap kumpulan qalam - perkataanNya, melainkan terima bulat2 apa yang telah di tulis orang umat terdahulu tanpa sedikit pun Ijtihad untuk mengesahkan... sekaligus mencari sebarang kesilapan usul, tapsirNya...

Malah masih terdapat sebahagian dari kumpulan qalam - perkataan القران (bacaan - jenis Mutasyaabihat : samar2 - hakikat) sampai sekarang masih lagi belum difahami... paling2 hanya dengan takwilan semata-mata. 

Maka siapalah sangat dengan mereka yang mengaku Ulama, mereka yang melantik diri sendiri sebagai Ulama serta mereka yang menggunakan berbagai AL.... dihadapan nama masing2 itu... hanya lah tukang copy paste - menghafal... kemudian kelentong atasnama Allah (القران) dengan segala tipudayaNya... Itu lah golongan manusia yang dalam qalbuNya cenderong kepada kejahatan, yang suka sangat mentakwil sesuatu yang samar-samar : Mutasyabihat (hakikat) itu, mengikut kecenderungan qalbu - hati : niatNya yang masih bergelumang dengan daki duniawi... kan kan kan ???

Malah 3 qalam pertama al-Kitab > al-Quran "alif lam mim" yang dibaca hanya dengan menyebut nama-nama qalamNya saja pun masih lagi belum berjaya diusul, tapsir & terjemahkan maksudNya dengan jelas, tegas & tegoh pengertianNya.... "Kenapa perlu kembali semula kepada Allah - dengan lafaz : "tiada sesiapa yang mengetahui maksud yang sebenarNya melainkan Allah"... ???
///
al-Yunan

Jumaat, 17 Jun 2016

PERSEPSI : PRASANGKA : MENGUMPAT : HINA - Pasik : perosak hubungan manusia sesama manusia.

SYAITAN & IBLIS (ghaib dalam diri) MENYERUPAI MANUSIA DENGAN SEGALA PENAMPILAN ALIM & BERILMU... (Sesat Golongan Pasik).

(Y) Syaitan berupa manusia perosak hubungan manusia sesama manusia,
(Y) Iblis berupa manusia perosakan hubungan manusia dengan Allah @ penyebab orang lain yang dhoef jadi Syirik & Murtad.

Dari shahabat Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لَمَّا عُرِجَ بِي مَرَرْتُ بِقَوْمٍ لَهُمْ أَظْفَارٌ مِنْ نُحَاسٍ يَخْمُشُونَ وُجُوهَهُمْ وَصُدُورَهُمْ فَقُلْتُ: مَنْ هَؤُلَاءِ يَا جِبْرِيلُ؟ قَالَ: هَؤُلَاءِ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ لُحُومَ النَّاسِ وَيَقَعُونَ فِي أَعْرَاضِهِمْ


"Ketika aku mi`raj (naik di langit), aku melewati suatu kaum yang kuku-kukunya dari tembaga dalam mencakar wajah-wajah dan dada-dadanya. Lalu aku bertanya: “Siapakah mereka itu wahai malaikat Jibril?” Malaikat Jibril menjawab: “Mereka adalah orang-orang yang memakan daging-daging manusia dan merusak kehormatannya.” (H.R. Abu Dawud no. 4878 dan lainnya).

Yang dimaksud dengan ‘memakan daging-daging manusia’ dalam hadits ini adalah berbuat ghibah (menggunjing), sebagaimana permisalan pada surat Al Hujurat ayat: 12.


A012 
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (persepsi : supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari (takwilan) kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Al-Hujuraat 49:12)

Dari shahabat Sa`id bin Zaid radhiyallahu `anhu sesungguhnya Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam bersabda:


إِنَّ مِنْ أَرْبَى الرِّبَا الإِسْتِطَالةَ فِي عِرْضِ المُسْلِمِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَفِي رِوَايَة : مِنْ أَكْبَرِ الْكَبَائِر

“Sesungguhnya termasuk riba yang paling besar (dalam riwayat lain: termasuk dari sebesar-besarnya dosa besar) adalah memperpanjang dalam membeberkan aib saudaranya muslim tanpa alasan yang benar.” (H.R. Abu Dawud no. 4866-4976).

///
Ab Sheikh Yunan.

Khamis, 16 Jun 2016

PAS TIDAK DAPAT LARI DARI " POLITICAL ANIMAL "

Tolak PAS tidak sama sekali berlaku tolak @ gelincir dari Islam (al-Islam - pokok ketuhanban-2 @ tauhid-2 @ tauhid uluhiyyah - اله : للع), malah sebahagan dari PAS pun belum lagi Islam... (belum lagi berjaya berI'ttiqad dengan I'ttiqad (yakin qalbu) yang diredhai Allah terhadap hak-hak mutlak zat Allah "الاءسلام" (i'ttiqad uluhiyyah - اله : لله)... hanya berAqidah (الاءيمان) dari Syariah : Syara' (العلم) Furu' (branch's) dari (hakikat) kalimah (mutasyabihat : samar-samar) bacaan al-Quran "الاءسلام" sahaja...

... Hakikat kalimah (mutasyabihat : samar-samar) bacaan al-Quran "الاءسلام" (GHAIB QALBU) bukan perkara Aqidah (الاءيمان) dari Syariah : Syara' - Fiqh (العلم) - GHAIB AKAL.
... Sesiapa sahaja yang nak komen - kutok & sumpah maki ADMIN, perlu lah fahami lebih dulu perkara Dasar Agama : Ketuhanan yang Empat, dengan DUA POKOK & DUA FURU' (cabanganNya) :-

DUA POKOK - "الدين" (Agama - Rububiyyah : رب - احد tauhid zat Allah) yang mewajibkan "الاءسلام" (Islam - Uluhiyyah : اله - لله, I'ttiqad yang diredhai Allah terhadap hak-hak mutlakNya) - GHAIB QALBU...

DUA FURU' (branch's) - "الاءيمان" (Aqidah : furu'2) mewajibkan "العلم" (Syariah : Syara' - Fiqh : furu'1) dengan semua cabang Ilmu bacaan dari Usul, Tapsir & Terjemah SEGALA bacaan القران - iqra' : Usuluddeen - GHAIB AKAL.
... Bagaimana dengan perkataan : ayat Mutasyaabihat (samar-samar) pada sisi bacaanNya, BOLEH BACA tapi tak faham ?.

(1) Usuluddeen - Usul bacaan (Muhkamat) - " اقرأ بسم ربك الذي خلق - AL-QURAN...
(2) Usulqalam - Usul bukan bacaan (Mutasyabihat) - " ن, والقلم وما يشطرون " - AL-KITAB.
///
Ab Sheikh Yunan.

(E) SURAT TERBUKA khas utk Mursyidul Am baru & Presiden PAS & Timb, Naib & Ketua Pemuda PAS


SURAT TERBUKA 

khas untuk :-
Mursyidul Am baru PAS -
Presiden PAS - Dato Sri Hj Hadi /Timb Ketua Ulama sedunia.
Timb Presiden - Dato Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Presiden - Dato Nik Mohd Amar - TMB Kelantan.
Ketua Pemuda - YB Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Ketua Penerangan - 
Tok lebai PAS - yang bergelar dengan berbagai Al... dihadapan nama masing2.
 
Per :
Satu Usul dengan sembilan (9) soalan berkaitan dengan satu kalimah bacaan al-Quran "al-Islam" yang sampai hari ini hanya difahami sekadar dengan takwilan sahaja kepada bacaan al-Quran "salama, silmi, sullami, istaslama... dll
... Usul & soalan sama yang telah dibawa ke Al-Azhar, Mesir, tapi gagal diselesaikan dengan keputusan muktabar... kemudian Usul dibawa pula ke Ahli Majlis Fatwa Sedunia, di Jordan pada 20 Okt 2015, juga tidak mendapat kesepakatan muktabar.


note :
Tidak mungkin timb ketua ulama sedunia tidak memperolehi maklumat ini... ???

1) Apa itu (hakikat) kalimah (mutasyabihat : samar2) bacaan al-Quran "al-Islam" (yang dipinjam jadi Islam) ?

2) Siapa yang berkuasa menguatkuasakan "al-Islam" kepada mana2 anak Adam ?

3) Pada bahagian mana jasad anak Adam itu, "al-Islam"Nya bersarang ?

4) Terhadap apakah anak Adam itu mengutkuasakan "al-Islam'Nya ?

5) Bagaimana menjadi golongan "al-Islam" yang benar disisi Allah (al-Quran) ?

6) Bagaimana gugur dari golongan yang diredhai Allah "al-Islam" ?

7) Gugur dari golongan yang diredhai Allah "al-Islam", jadi golongan apa ?

8) Apakah yang memisahkan (hudud : had) antara golongan diredhai Allah "al-Islam" VS "al-Yahud" - golongan yang dilaknati Allah sampai Qiamat / sampai mati - yang mana dulu berlakuNya ?

9) Siapa sebenarNya golongan yang diredhai Allah "al-Islam" VS "al-Yahud" - golongan yang dilaknati Allah dibumi Malaysia hari ini ?

Mohon Ybhg Dato Sri & Dato zahirkan pencerahan untuk kepentingan umat yang mengaku berAgama tauhid (ad-deen - rububiyyah) & berI'ttiqad diredhai Allah Islam (al-Islam - uluhiyyah) diseluroh dunia hari ini.
///


Peringatan :
Mudah-an tidak ada lagi kenyataan bahawa UMNO tidak berapa Islam (al-Islam) kalau pun tidak dikatakan Kapir (difahami sebagai Non Muslim - Mulhid : Atheis)
///
BieJey (BJ)
Ex Yomen of the Guard @ Royal Guard Tudor's
Ex staff MLO (mil liason office) Pontianak & Singkawang, Indo.
Ex staff Military Attache, Kedutaan M'sia, Jkt,
Ex special mission staff SAF - Jhny, Pret, kwt Zulu
Ex Yomen / comd Tp35 EiW (SD), Desa Pahlawan, Kelantan.

///
Ab Sheikh Yunan.
 

Selasa, 7 Jun 2016

AL-MAJUSI PENYEMBAH API/MATAHARI & PEMUJA AL-JINN UNTUK KELEBIHAN DIALAM JASAD.


Dan mereka menjadikan jin sekutu bagi Allah, padahal Allah jua yang menciptakan jin-jin itu; dan mereka berbohong bahawa, “Allah mempunyai anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan,” tanpa berdasarkan sebarang pengetahuan. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi daripada sifat-sifat yang mereka gambarkan.- Qs 6:100
Mereka memegang kepercayaan bahawa Penguasa alam itu adalah dua;
1- Allah sebagai sekelian Tuhan Kebaikan, kebenaran, kemuliaan dan ketinggian yang diperlambangkan dengan “Nur” atau terang.
2- Iblis @ syaitan sebagai tuhan dari segala kejahatan, kedurhakaan, kekufuran, yang diperlambangkannya dengan “kegelapan”.
Pegangan orang-orang Parsi di Iran yang sampai sekarang mereka berpegang teguh dengannya. Tuhan dengan dua nama,
Pertama, -“Ahuramazda”- Tuhan Terang.
Kedua, -“Ahriman”- Tuhan kegelapan.
Mereka mengambil api, lalu mereka sembah, kerana api sebagai lambang daripada terang, lantaran itu agama mereka menjadi penyembah api atau “Majusi”. Setelah seluruh Iran menerima Islam, sisa kaum Majusi itu lari ke India, sampai sekarang mereka berpusat dibombay dan disana mereka masih memelihara api yang disembah itu yang tidak boleh dibiarkan padam, kerana ia dijaga lebih 2,000 tahun.- Ruj. Nasional Georafik.

Adapun kepercayaan Arab kuno dizaman jahiliah percaya bahawa, Tuhan kawin dengan Jin, lalu mendapat puteri perempuan. Puteri itulah yang jadi Malaikat. Menyembah jin adalah kepercayaan yang berakar umbi dari bangsa Yunani dan Rom. Mereka membahagi kepada tiga tingkat.
Pertama- Egrius atau Zeus disebut juga Jupiter.
Darjat kedua ialah Tuhan-tuhan yang mengatur tiap-tiap kota dan daerah, sehingga ditiap kota ada Tuhan yang mengaturnya sendiri-sendiri, di Rom ada berhala perempuan yang dibuat daripada emas, oleh sebab banyak yang dituhankan, maka majulah seni pahat memahat patung-patung bangsa Rom dan Yunani.
Darjat ketiga ialah pengiring-pengiring dari tuhan-tuhan itu.

Orang Hindu, menamakan tuhan-tuhan itu “dewa”, orang hindulah yang paling banyak mempunyai tuhan-tuhan atau dewa-dewa.
Dewa tertinggi ialah Kanara,
Dewa kedua Yaka.- Yang membagi-bagi rezeki kepada manusia.
Dewa perempuan yang tertinggi ialah Dewi Indera.
Orang hindu pada dasarnya percaya bahawa Tuhan yang tertinggi dan Esa juga iaitu Brahma, dan kemudiannya manjadi trimurti, iaitu Brahma, Wisynu, dan Syiwa, dan menyusul kemudian dewa-dewa yang lain berpuluh ribu banyaknya.

Di Syria ada satu golongan agama bernama Yazidiah, mereka menyembah syaitan, memuja kepada iblis, agar iblis itu jangan memperdayakan mereka. Dan dikalangan kristian juga percaya bahawa setelah iblis itu pun diusir dari syurga, menjadi musuh bagi Allah dan manusia sejak dari Adam dan Hawa namun dia masih tetap berkuasa dalam alam ini, sebagai Tuhan kejahatan, dan mereka namai syaitan itu “penghulu dunia”

Miskipun dikalangan mereka berkata, bahawa syaitan dan iblis adalah Tuhan dari kegelapan, kerana hendak membersihkan Allah, padahal dengan demikian mereka telah mengurangi separuh dari kekuasaan Allah, sehingga tersebab kepercayaan itu, Allah tidak sanggup lagi merubah kejahatan, kerana kejahatan tidak dapat dikuasai-Nya, kerana kejahatan dibawah kuasa syaitan.

Kepercayaan-kepercayaan yang semacam ini terdapat juga dikalangan bangsa kita sebagai sisa-sisa dari fahaman dinamisime purbakala, miskipun sudah memeluk agama Islam tapi masih menebal lagi pegangan jahiliah. Kadang-kadang terdengar bahasa suatu tempat itu keras atau sakti, dan ada penghuninya, supaya penghuni itu jangan menganggu diadakan sajian buat dia, dan masih ada pusaka mentera yang diucapkan yang tidak digunakan lagi, contohnya,
Hai, mambang tanah, mambang api, mambang angin, mambang air..
Wahai simambang marilah bersama berdamping dengan ku…

Sekian harap maklum.

Selasa, 31 Mei 2016

DISANGKA ALIM DENGAN SEGALA PENAMPILANNYA... Justeru manusia paling zalim mengikut al-Quran.

Jangan mudah tertipu dengan segala penampilan Alim, Zuhud... justerus mungkin manusia paling zalim menurut al-Quran.

Al-Quran telah menjelaskan sesiapa saja umat yang berAgama Tauhid (ad-deen - rububiyyah) serta berI'ttiqad dengan i'ttiqad (yakin qalbu) yang diredhoi Allah (tidak berlaku Syirik terhadap hak-hak mutlak zat Allah) Islam (al-Islam - i'ttiqad uluhiyyah).  DalamNya terdapat pembezaan sifat orang muslim dan sifat orang Kapir (engkar).  Selain itu diberitahu juga manakah orang baik di sisi Allah dan mana pula orang-orang yang zalim.

SesungguhNya al-Quran diturunkan (dijelaskan) dengan bahasa yang paling sempurna dan boleh dikatakan sangat berkelas.  Hal ini pula yang terdapat dalam surah Al-Ana'am 93... "dan siapakah yang lebih zalim daripada... "

A093Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka (berkata-kata) perkara yang dusta terhadap (zat & hak-hak mutlak zat) Allah, atau orang yang berkata: "Telah diberi wahyu kepadaku", padahal tidak diberikan sesuatu wahyupun kepadanya; dan orang yang berkata: "Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah". Dan (sungguh amat ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap (zat & hak-hak mutlak zat) Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya".
(Al-An'aam 6:93)

Penggunaan kata "lebih zalim" mengandungi makna sindiran bahawa orang didalam ayat tersebut memiliki sifat paling zalim.  Dan benar saja bahawa ada dua ciri manusia yang di sebut Allah sebagai orang yang paling zalim.  Akan tetapi ternyata kedua-duanya justru terlihat Alim, Zuhud dalam pandangan kaum : puak : jemaah : partiNya, bahkan dimuliakan...

Siapa sajakah kedua-duanya mereka itu ?

1) Orang Yang Berdusta AtasNama (zat & hak-hak mutlak zat Allah)

Kelanjutan dari ayat tersebut... "(ialah orang-orang) yang mengadakan kedustanaan terhadap (zat & hak-hak mutlak zat) Allah atau berkata ; "telah diWahyukan kepadaku."

Menurut Ibnu Kathir, tapsir ayat tersebut ialah orang-orang yang mengaku bahawa diriNya mampu menandingi Wahyu yang di turunkan Allah dengan perkataan yang diada-adakan.  Ciri orang-orang ini pula memiliki sifat seperti Surah Al-Anfat ayat 31..."Jika kami menghendaki, nescara kami mampu membacakan yang seperti ini (Al-Quran)." 

A031
Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami (hak-hak mutlak zat Allah), mereka berkata: "Sesungguhnya kami telah mendengarnya. Kalau kami mahu, nescaya kami dapat mengatakan (kata-kata) seperti (Al-Quran) ini. (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah cerita cerita dongeng orang-orang dahulu kala".
(Al-Anfaal 8:31) 

Memang sekilas orang-orang tersebut terlihat Alim, Zuhud, pandai dan cerdas kerana mampu membuat bacaan yang sama hebatnya seperti al-Quran atau mengaku sebagai seorang bertaraf Nabi yang memiliki mukjizat.  Pada mereka sebenarNya adalah orang-orang yang paling bodoh disebabkan tidak mampu menggunakan akal logik yang Allah berikan kepadaNya.

Bagaimana mungkin mereka membenarkan apa yang dalam pikiranNya, jika Kalam Allah (qalaamallah - al-Kitab > al-Quran - IQRA') dan NabiNya saja mereka dustakan ?.

Nampak macam warak, padahal Khawarij.
Imam Ibnu Jauzi berkata ;
Ketika Ali telah wafat, maka dikeluarkan Ibnu Muljam untuk dibunuh, maka Abdullah bin ja'far memotong kedua tangan & kakinya, tapi dia tidak berteriak & tidak berbicara...
...kemudian matanya dipaku dengan paku panas, dia tetap juga tidak berteriak, bahkan dia membaca surah A'Alaq sampai habis dalam keadaan darah mengalir dari dua matanya... dan ketika lidahnya mahu dipotong, baru dia berteriak menangis...
...Maka ditanya kepadanya: "Mengapa engkau berteriak menangis ?
Dia berkata: "Akut tidak suka jika aku mati didunia dalam keadaan tidak berzikir kepada Allah"...
...dan Dia adalah orang yang dahinya berwarna kecoklatan : kehitaman kerana bekas sujud, Semoga Allah melaknatnya.
[Talbis Iblis halaman 122]

Siapa Ibnu Muljam ?. Beliaulah pembunoh Ali Radiallahu anhu
*Khawarij
*Khawarij Qadiyyah       
///
Ab Sheikh Yunan.

TIDAK MUTLAQ & BERSYARAT...

HUKUM TIDAK PERNAH BERUBAH... Apa yg pernah dikatakan Haji Hadi ini tidak Mutlaq & bersyarat dengan pertimbangan bagi menghindari kem...